2009年7月13日 星期一

Perkenal Senam Seni Malaysia

ARKIB : 30/06/2009
Perkenal Senam Seni Malaysia
TAHNIAH saya ucapkan kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan serta pihak yang terlibat menjayakan pelancaran Logo
1Malaysia yang diadakan di Dataran Merdeka pada 27 Jun 2009.
Sebagai Ahli Jawatankuasa Kampung Kassipilai saya berasa sangat bangga
dan gembira mengetuai rombongan yang terdiri daripada penghuni Kampung
Kassipilai untuk mengambil bahagian dalam senam seni beramai-ramai.
Program ini telah memberikan kenangan yang mendalam kepada penghuni
Kampung Kassipilai.
Dua daripada anggota kampung telah dijemput untuk menyertai perarakan
mengusung Logo Raksaksa 1Malaysia ke atas pentas, bersama-sama peserta
lain yang terdiri daripada pelbagai kaum Malaysia.
Bagi kami kejayaan ini memberikan beberapa mesej yang sangat penting.
Melalui Senam Seni Malaysia kami mengetahui dengan lebih mendalam
pengertian 1Malaysia.
Seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, peserta yang
memakai baju merah, biru, kuning dan putih yang menari serentak itu
adalah seumpama pelbagai kaum yang mempunyai matlamat dan wawasan yang
sama.
Senam Seni Malaysia beramai-ramai bukanlah sekadar hiburan dan
persembahan tetapi juga satu cara untuk membantu membina badan yang
kuat dan sihat.
Pihak penganjur juga sangat prihatin dengan memberikan setiap peserta
sebiji epal.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib yang mengilhamkan Konsep 1Malaysia. Syabas
juga kami ucapkan kepada Datuk Seri Rais Yatim dan rakan-rakannya yang
menjayakan program ini.
Saya harap program ini akan terus diadakan di seluruh pelosok negara.
Tay Lai Feng
KAMPUNG KASSIPILAI
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0630&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm&arc=hive

沒有留言:

張貼留言